Assalammualaikum...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhs4i7TccOGqCcu8xSCNG-2JmiENpqooHdT0tE0f3gTxt_3xqssHxUlGBUlO1M_21LSSRkdQbrEb_FgB-QnUwICFPV7yJeGkUCLkJU93oO1KYGy06Gr5AlNnh9FRC-Ut3hSSwHHm6zctNml/s1600/mee2.jpg)
Siapa yang tak suka makan mee? Agak jarang-jarang kita nak jumpa orang yang tidak suka makan mee, apatah lagi anak-anak kita yang sememangnya gemar makan mee berbanding nasi.
Saya pasti anda tahu bahawa terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh kita masak dengan mee kuning ini. Antaranya ialah:
- Mee Bandung Meletop
- Mee Kari
- Mee Hailam
- Mee Goreng Gitu-gitu
- Mee Mamak
- Mee Racun
- Segala Keturunan Mee
Selalunya, anda beli mee di mana ye? Jenama apa? Cuba anda tanya diri anda...
Hah! Jika anda membelinya di kedai, anda pasti tahu bahawa:
" Salah satu bahan kimia yang digunakan ialah cecair jernih sodium karbonat atau natrium karbonat. Ia boleh dibeli di kedai-kedai runcit dalam botol dan lebih dikenali sebagai air abu atau air soda. Sodium karbonat (Na2CO3) boleh diekstrak dari tumbuhan atau dihasilkan dari garam biasa melalui proses tertentu. Sodium karbonat paling banyak digunakan dalam penghasilan kaca.
Apabila digabungkan dengan pasir dan kalsium karbonat lalu dipanaskan pada suhu tinggi akan menghasilkan kaca. Di dalam pembuatan makanan, ia diberi kod aditif E500 dan digunakan sebagai pengawal asid (acidity regulator), anti-pengerakan(anti-caking), agen penaik dan penstabil. Setakat ini, tiada laporan yang serius tentang kesan negatif terhadap penggunaannya sebagai bahan aditif di dalam makanan.
Bahan kimia kedua yang digunakan untuk menghasilkan mee kuning ialah pewarna kuning. Biasanya pewarna kuning yang popular ialah Tartrazin(E102). Tartrazin boleh memberi kesan alergik kepada manusia. Sebahagian orang akan mengalami migrain, kesan gatal-gatal, gangguan tidur dan banyak lagi kesan negatif jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Banyak negara di Eropah telah mengharamkan penggunaannya seperti Jerman, Norway, Austria dan Britain.
Satu lagi pewarna kuning yang popular ialah Sunset Yellow (E110). Selain memberi kesan alergik, Sunset Yellow lebih merbahaya kerana dikatakan karsinogenik. Kanak-kanak boleh mengalami ADHD (hiperaktif). Kebanyakan negara Eropah seperti Norway dan Finland telahpun mengharamkan penggunaannya di dalam makanan. Di Malaysia, anda masih boleh membaca perkataan Sunset Yellow dan Tartrazin pada label kebanyakan makanan kudap-kudap. snek, coklat dan minuman "
Jika benar anda sekeluarga suka makan mee, kenapa tidak anda buat sendiri sahaja mee kuning itu di rumah? Tahukah anda nak buat mee ni bukannya susah? Anda hanya perlukan
- Tepung gandum 500g
- 2 Telur + Air =200ml
Psssssst! Anda tahu tak?
Mesin Falcon mampu membantu anda untuk menghasilkan mee kurang dari 20 minit! Sangat-sangat membantu, anda tak perlu pergi ke kedai mencari mee kuning Halal, anda tak perlu risau lagi tentang kandungan mee, bahkan dalam masa kurang dari 20 minit, mee kuning sudah siap!
Falcon
"Your Truly Pasta & Cookies Maker"
Brp rm mesin ni?
ReplyDelete