Thursday, January 29, 2015

11 Sebab Kenapa Anda WAJIB Ada Mesin Ini!

Assalammualaikum!


Adakah anda...

Stress setiap kali buat cookies?
Mahu menambah lagi pendapatan sampingan tetapi kuih raya selalu tak menjadi?
Mahu memenuhi permintaan anak-anak yang gemar makan tetapi tiada yang membantu?
Suka buat cookies tapi tak mahu buang masa menguli tepung?
Takut-takut saat membeli mee/pasta di kedai, entah Halal ataupun tidak serta tidak tercemar?

Nah! Saya ada penyelesaiannya...

Mesin Ajaib Falcon ini mampu membantu anda di saat anda perlukannya!

Bahkan, anda WAJIB ada mesin ini di rumah kerana:
  1. Mesin ini mampu menghasilkan Mee yang sihat dan berkhasiat dalam masa kurang dari 20 minit!
  2. Mesin ini juga boleh membantu anda menghasilkan pelbagai jenis cookies seperti, Jem Tart, Semprit, Sarang Semut dan bermacam-macam lagi dengan mudah, cepat serta menjimatkan masa dan tenaga!
  3. Mesin ini di datangi dengan 18 jenis acuan di mana ia mampu menzahirkan pelbagai bentuk cookies mengikut kreativiti anda!
  4. Anda juga boleh membuat pelbagai jenis bun/roti mengikut kehendak anda.
  5. Boleh buat Maruku Sedap!
  6. Bahkan, pizza juga mampu dihasilkan oleh Mesin Falcon ini.
  7. Terbaik! Di mana ia juga boleh menghasilkan LAKSA dengan cepat.
  8. Mesin ini amat mudah untuk dikendalikan. Easy to Operate! Hanya tekan switch ON sahaja bila hendak digunakan.
  9. Mesin ini bersifat portability. Bermaksud ia mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja!
  10. Bersaiz compact. Tidak memakan ruang.



Jenama Falcon telah lama mendapat tempat di hati para surirumah/usahawan/ibu-ibu yang suka memasak untuk keluarga lebih dari 15 tahun!

Mesin ini di datangi dengan Jaminan Warranty Falcon selama 1 tahun.




Northern Falcon Kitchenware sedang mengadakan promosi di mana anda akan memperolehi:


  1. Pelbagai Resepi diberi PERCUMA!
  2. VCD sebagai panduan anda.
  3. Menyertai Kelas Demo oleh Pn. Siti iaitu Pegawai Pemasaran Falcon di Perlis (Tarikh akan di beritahu kelak)
  4. Sijil Penyertaan akan diberi
Hubungi Kak Wan di 012-5366997 segera untuk booking tempat di Kelas Demo Falcon Perlis.







Falcon: Mesin Pasta & Cookies Terbaik di Abad Ini

Assalammualaikum...

Falcon bukanlah sembarangan jenama dalam dunia pasta & cookies. Jika anda suka memasak pasta, mee, pizza, roti dan pelbagai cookies, maka anda patut memiliki Mesin Falcon ini.

Falcon merupakan sebuah syarikat Kitchenware yang telah beroperasi lebih dari 15 tahun dengan menjual peralatan-peralatan kegunaan dapur, menjual mesin untuk membuat PASTA (Mi Kuning), Biskut Raya, Tart Nenas dan juga boleh menguli apa saja seperti Roti Canai, Roti Bun, pizza serta bermacam lagi.


Mempunyai lebih 20,000 pelanggan yang telah menggunakan produk Falcon dan majoriti amat berpuas hati dengan penggunaan mesin ini.


Mesin ini boleh menguli dan mengeluarkan Mee Kuning yang sihat, bebas dari bahan-bahan buatan seperti pewarna, boric asid, perasa, air abu dan kapor.

Di lengkapi dengan kipas kecil yang berfungsi untuk pengudaraan dan mengeringkan Mee Kuning yang dikeluarkan. Mesin berhenti apabila penutup mangkuk dibuka dan ia adalah sebagai fungsi keselamatan.

Juga boleh membuat pelbagai Biskut Raya.

Mesin ini juga mudah di-kendalikan, boleh dibawa kemana-mana sahaja dan digerakkan dengan menggunakan tenaga eletrik.

Sangat sesuai bagi usahawan untuk membuat pelbagai Biskut Raya.

Mesin Falcon ini boleh membantu menjimatkan masa, menjimatkan perbelanjaan, mengurangkan tenaga dan menambahkan hasil pengeluaran.

Kerana itu ia menjadi pilihan Surirumah, Para Bakers dan juga Usahawan.

Anda sedang bercita-cita untuk Projek Kuih Raya 2015???

Maka anda harus memilikinya segera!

Sekeluarga Suka Makan Mee

Assalammualaikum...















Siapa yang tak suka makan mee? Agak jarang-jarang kita nak jumpa orang yang tidak suka makan mee, apatah lagi anak-anak kita yang sememangnya gemar makan mee berbanding nasi.

Saya pasti anda tahu bahawa terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh kita masak dengan mee kuning ini. Antaranya ialah:
  1. Mee Bandung Meletop
  2. Mee Kari
  3. Mee Hailam
  4. Mee Goreng Gitu-gitu
  5. Mee Mamak
  6. Mee Racun
  7. Segala Keturunan Mee 
Bak kata, banyaklah menu yang boleh kita buat dengan menggunakan mee kuning ni.
Selalunya, anda beli mee di mana ye? Jenama apa? Cuba anda tanya diri anda...

Hah! Jika anda membelinya di kedai, anda pasti tahu bahawa:

" Salah satu bahan kimia yang digunakan ialah cecair jernih sodium karbonat atau natrium karbonat. Ia boleh dibeli di kedai-kedai runcit dalam botol dan lebih dikenali sebagai air abu atau air soda. Sodium karbonat (Na2CO3) boleh diekstrak dari tumbuhan atau dihasilkan dari garam biasa melalui proses tertentu. Sodium karbonat paling banyak digunakan dalam penghasilan kaca.

Apabila digabungkan dengan pasir dan kalsium karbonat lalu dipanaskan pada suhu tinggi akan menghasilkan kaca. Di dalam pembuatan makanan, ia diberi kod aditif E500 dan digunakan sebagai pengawal asid (acidity regulator), anti-pengerakan(anti-caking), agen penaik dan penstabil. Setakat ini, tiada laporan yang serius tentang kesan negatif terhadap penggunaannya sebagai bahan aditif di dalam makanan.

Bahan kimia kedua yang digunakan untuk menghasilkan mee kuning ialah pewarna kuning. Biasanya pewarna kuning yang popular ialah Tartrazin(E102). Tartrazin boleh memberi kesan alergik kepada manusia. Sebahagian orang akan mengalami migrain, kesan gatal-gatal, gangguan tidur dan banyak lagi kesan negatif jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Banyak negara di Eropah telah mengharamkan penggunaannya seperti Jerman, Norway, Austria dan Britain.

Satu lagi pewarna kuning yang popular ialah Sunset Yellow (E110). Selain memberi kesan alergik, Sunset Yellow lebih merbahaya kerana dikatakan karsinogenik. Kanak-kanak boleh mengalami ADHD (hiperaktif). Kebanyakan negara Eropah seperti Norway dan Finland telahpun mengharamkan penggunaannya di dalam makanan. Di Malaysia, anda masih boleh membaca perkataan Sunset Yellow dan Tartrazin pada label kebanyakan makanan kudap-kudap. snek, coklat dan minuman "

Jika benar anda sekeluarga suka makan mee, kenapa tidak anda buat sendiri sahaja mee kuning itu di rumah? Tahukah anda nak buat mee ni bukannya susah? Anda hanya perlukan
  •  Tepung gandum 500g
  •  2 Telur + Air =200ml
Hah! dengan 2 item ini sahaja anda sudah mampu menghasilkan mee yang sihat. Bahkan, anda boleh menvariasikan mee kuning anda itu supaya lebih sihat lagi dengan dengan pelbagai bahan lain seperti air perahan carrot atau bayam.

Psssssst! Anda tahu tak?

Mesin Falcon mampu membantu anda untuk menghasilkan mee kurang dari 20 minit! Sangat-sangat membantu, anda tak perlu pergi ke kedai mencari mee kuning Halal, anda tak perlu risau lagi tentang kandungan mee, bahkan dalam masa kurang dari 20 minit, mee kuning sudah siap!

Falcon
"Your Truly Pasta & Cookies Maker"